Number of People visiting this blog

Penjelasan dari pihak Pejabat Tanah berkenaan dengan Hakmilik Sementara

Tuan,

Saya ingin menjelaskan sedikit mengenai maksud Hakmilik Sementara (Qualified Title) atau QT yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar. Istilah Hakmilik Sementara tersebut bukan membawa maksud pemberimilikan tanah itu kepada seseorang diberi secara sementara sahaja. Yang beri maksud sementara ialah geran (title) sahaja (bukan pemilikan tanah) kerana status pegangan ke atas tanah berimilik bagi kedua-dua jenis hakmilik QT dan FT merupakan hakmilik yang tidak disangkal (Indefeasible title) mengikut Seksyen 340 Kanun Tanah Negara. Pengeluaran QT dibuat kerana keluasan tapak tanah belum dapat dimuktamadkan. Setelah keluasan tanah diukur halus dan dimuktamadkan melalui pelah PA, barulah pengeluaran Hakmilik FT dibuat. Ini berlainan daripada tanah TOL (Temporary Of Licence – tanah pendudukan sementara).

Sekian.

Latif Ali

Check out the latest video on http://www.mediarakyat.net. Also read http://malaysianwatchdog.blogspot.com
and watch latest news in Selangor http://live.tvsnews.net/