Number of People visiting this blog

Response from FT Land Office & Good News to Taman Kepong residents

Email received from YB Dr Tan. We should also thank the YB as well for his willingness to help. And for the patience and courtesy he showed towards FT Land Office as a veteran MP.

-------------------------------------------------------------------------

7.1.11: Terima kasih. Tan Seng Giaw

-----Original Message-----

Tuan,

Selamat Tahun Baru Cina.

Email tuan di bawah dirujuk. Untuk makluman tuan, Bahagian Teknikal jabatan ini telah selesai membuat semakan terhadap 436 pelan FT bagi Taman Kepong di mana kesemua Hakmilik tersebut sedang giat didaftarkan. Proses pendaftaran dijangka selesai dalam tempoh 1 minggu dan selepas itu akan disusuli dengan notis kepada pemilik supaya menukar Hakmilik QT yang dipegang oleh mereka kepada Hakmilik FT.

2. Jabatan ini masih menunggu baki pelan FT dan PA bagi hakmilik fasa 2 daripada JUPEM. Saya tidak dapat menjangkakan berapa lama lagi kerana ianya berada di luar kawalan jabatan ini.

3. Saya memohon kerjasama pihak tuan agar perkara ini tidak terlalu didesak supaya proses pengeluaran Hakmilik FT dapat disempurnakan tanpa berlaku kesilapan. Apa yang ingin ditegaskan ialah pengeluaran FT akan dibuat bagi semua Hakmilik terlibat kerana perkara tersebut merupakan tanggungjawab jabatan ini.

Memandangkan penukaran hakmilik QT kepada FT diterima serentak dalam jumlah yang besar maka proses pengeluaran FT telah mengambil masa yang lebih lama. Dipohon pihak tuan banyak bersabar. Sekian, terima kasih.

Latif Ali

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian

Wilayah Persekutuan.

Check out the latest video on http://www.mediarakyat.net. Also read http://malaysianwatchdog.blogspot.com
and watch latest news in Selangor http://live.tvsnews.net/