Reminders sent:
1) 27 January 2011 (Thurs)
2) 31 January 2011 (Monday)
3) 1 February 2011 (Tuesday) Another follow up reminder has been sent to both Latif Ali and Hj Hasim Ismail by resident, Joseph Jeffrey:
--------------------------------------
Selamat Sejahtera Tuan,
Merujuk kepada perjumpaan wakil penduduk Taman Kepong bersama Tuan pada 30 Disember 2010, kami difahami oleh Tuan bahawa satu gambaran jelas dari pihak Tuan dapat diberi pada hujung bulan Januari 2011. Kami memohon kepada Tuan untuk memberi
balasan kepada soalan di bawah. Di harap " Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan" dapat dijunjung.
Usaha dan Kerjasama pihak Tuan didahulukan dengan ribuan Terima Kasih.
Sekian.
-----------------------------------------
Yang Berusaha Tuan,
Setakat ini,
a) apa kah status (2) di mana 200 Hakmilik yang ukuran luasnya telah dikemaskinikan oleh JUPEM?
b) Bagaimana dengan status Hakmilik yang lain untuk Fasa 1 Taman Kepong?
c) Bagaimana dengan perbincangan dengan JUPEM berkenaan 600 buah Rumah di Fasa 2, dan bila JUPEM akan dapat membuat pemetaan Fasa 2?
Sekian, terimakasih.
Yang Benar
Stephen Ng
From: Latif Bin. Ali [mailto:latif@ptgwp.gov.my]
Sent: Tuesday, January 11, 2011 7:50 PM
To: Seng Giaw Tan; arumugam munusamy; Stephen Ng
Cc: Hj Hasim Bin Hj Ismail
Subject: RE: Masalah geran di Taman Kepong
Y.B Dr.
Untuk makluman YB, seramai 37 pemilik tanah dari Taman Kepong yang telah berjaya melalui proses penukaran Hakmilik QT kepada FT adalah seperti nama dalam senarai di bawah. Hakmilik yang terlibat terletak di Jalan Development. Notis pemberitahuan akan dihantar kepada pemilik supaya hadir ke pejabat ini untuk menukar Hakmilik QT mereka kepada FT.
2. Jabatan ini sedang membuat penukaran QT kepada FT ke atas 200 Hakmilik yang ukuran luasnya telah dikemaskinikan oleh JUPEM. Proses penukaran QT kepada FT bagi Hakmilik-Hakmilik yang lain akan dibuat sebaik sahaja pelan PA JUPEM diterima oleh Jabatan ini. Sekian.
Latif Ali
TP(D)
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur