Number of People visiting this blog

SINAR HARIAN 23 Jan 2011: Isu geran masih belum selesai

Isu geran masih belum selesai
http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story8673693.asp

KEPONG – Isu geran rumah Hak Milik Tetap Taman Kepong belum diperoleh masih menghantui penduduk di situ yang kini mula bangkit bagi mengetengahkan luahan hati mereka.

Rata-rata penduduk terdiri 1,124 unit rumah daripada dua fasa di situ, kebanyakannya sudah menjangkau usia warga emas berharap penantian mereka lebih 40 tahun lalu itu segera berakhir.

Mereka mengharapkan supaya geran rumah Hak Milik Sementara dimiliki kini dapat diubah kepada Hak Milik Tetap.

Pengerusi Badan Bertindak Taman Kepong, M U Arumugam berkata, baru-baru ini, 21 pemilik rumah sudah menerima surat dari Pejabat Tanah supaya geran sementara mereka dapat ditukar kepada Hak Milik Tetap.

“Kita dimaklumkan Pejabat Tanah bahawa kerja ukur tanah dan pelan di fasa satu dandua sudah dimulakan. Ia dikatakan akan siap tidak lama lagi oleh Jabatan Ukur dan Penyelamat Malaysia (Jupem),” katanya selepas pertemuan penduduk bersama Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, di sini.

Dalam pada itu menurutnya, fail pemilik geran sementara persendirian, buat waktu ini dikelolakan pihak Jupem yang menunggu pertukaran status tanah berkaitan, sebelum menyerahkannya kepada Pejabat Tanah bagi mendapatkan geran Hak Milik Tetap.

Arumugam berkata, sebelum ini badan bertindak pihaknya bersama Dr Seng Giaw, berjumpa dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dalam perjumpaan berkaitan.

Dr Seng Giaw yang juga Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP ketika menerangkan kepada penduduk proses menukar geran berkaitan berkata, ia mengambil masa berikutan sepatutnya ia diuruskan oleh bekas pemaju yang kini muflis sekitar tahun 1980-an.

Dr Seng Giaw berkata, pihaknya akan mengatur lagi perjumpaan dengan pengarah Jupem bagi melihat tindakan lanjut boleh diambil bagi menyelesaikan isu ini dengan segera.

Beliau berkata, dalam sidang Parlimen sesi akan datang, pihaknya akan membawa isu ini sehingga ke peringkat nasional.
Check out the latest video on http://www.mediarakyat.net. Also read http://malaysianwatchdog.blogspot.com
and watch latest news in Selangor http://live.tvsnews.net/